Harga hukuman sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayar oleh seseorang pendendam dan pendengki, iaitu orang yang menderita kerana memelihara dendam didalam hatinya. jika ia ingin membalaskan dendam ia harus mengorbankan hatinya, dagingnya, darahnya, perasaannya, kedamaiannya, ketenteramannya dan kebahagiannya. Akhirnya, hanya kerugian yang akan diperolehinya.
Dan sesungguhnya Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini, sebagaimana di dalam surah Ali'Amran, ayat 134:
.....dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang....
jadilah kamu pemaaf dan suruhlah mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. (Al-A'raf: 199)
......tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, dan tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah dia telah menjadi teman yang amat setia. (Fushshilat: 34)
No comments:
Post a Comment