About me

My photo
penang, Malaysia
25,Final Year b.Ed 0f UPSI. I am a person who is positive about every aspect of life. There are many things I like to do, to see, and to experience. Enjoy doing an explore the internet, outdoor activity & cooking. I luv fashion & photography..I like to dream,I like to see the sunset in the evening-s0metime, I like to smell the wind coming from the ocean & I like to look at the clouds in the sky with a blank mind n I luv u’ll.

Followers

Friday, January 7, 2011

HARI INI MILIK ANDA




Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siang menyapa anda, membuatkan anda mampu memandang alam sekitar. itulah hari anda. maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya!. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan masa hadapan yang penuh dengan ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pada hari ini, sebaik-baiknya anda mencurahkan seluruh perhatian, fokus dan tekad untuk mempersembahkan solat yang paling khusyuk’, bacaan al-Qur’an yang mengasyikkan, zikir yang penuh kesyahduan dan taubat yang disulam tangisan penyesalan.

Jadikanlah hari ini setiap detiknya laksana ratusan bulan dan setiap minitnya laksana ribuan tahun. Perbanyakkanlah kebaikan dan persembahkanlah seindah-indahnya untuk hari ini. Beristighfarlah dan ingatlah selalu kepadaNya. Bersiap-siaplah untuk perjalanan menuju ke sebuah alam yang hakiki, dan terimalah segala-galanya dengan penuh keredaan dan keikhlasan.

hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, kebencian dan sakit hati.

 Apakah nasi hangat lagi harum baunya yang anda makan pada hari ini, maka nasi basi yang telah anda makan kelmarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu merunsingkan anda?

Jika anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin, atau menginginkan air esok yang masin dan panas?

Yakinlah pada diri anda sendiri dengan semangat dan tekad yang padu anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip " masa hidupku hanyalah pada hari ini". Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda pada setiap detik untuk selalu mensucikan amalan, memperbaiki keadaan, dan memperkembangkan segala potensi di dalam diri.

 Katakanlah:

“Wahai masa lalu yang telah berlalu dan berakhir, tenggelamlah bersama-sama mataharimu. Aku tidak akan meratapi kepergianmu, dan kamu tidak akan sesekali melihatku termenung sedetik pun untuk menangisimu. Kamu telah pergi meninggalkan kami semua dan tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.”

“Wahai masa depan, engkau masih lagi dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan sesekali bermain-main dengan khayalan hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak sesekali sibuk memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok mungkin tiada lagi buatku. Hari esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan masih belum dapat dipastikan.”

“HARI INI MILIK ANDA”, adalah ungkapan yang paling indah dalam “kamus kebahagiaan”. Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.


2 comments:

  1. aki suka post ni.best! tq mizs..perkongsian yg penuh makna. ;)

    ReplyDelete
  2. sgt suker ngn pos ni!! dh follow u..t follow kiter alik eh..kiter budak baru g ni...n asal pn penang gak..he selamat berkawan! =)

    ReplyDelete